KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan supaya berwaspada dan membuat semakan apabila menerima tawaran perkhidmatan badal haji dengan harga terlalu rendah berbanding harga pasaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
"Tasrih haji (permit) sahaja harganya RM13,000, kerana semasa musim Haji seperti di Arafah, Muzdalifah, semua (kawasan) ada polis atau tentera jaga. Mereka (yang menawarkan perkhidmatan badal haji) hanya boleh masuk ke kawasan-kawasan ini jika ada permit, dan kos ini tidak termasuk makan, minum dan pengangkutan.
"Kalau ikut (pengiraan) keseluruhan, kos badal haji termasuk permit mencecah RM15,000 hingga RM16,000. Jadi kalau ada pihak yang mahu lakukan badal haji, contohnya di Malaysia, dengan kos RM15,000, maka kita faham beliau lakukan haji ada permit," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Katanya, petugas badal haji yang tidak perlu permit haji kerana menetap di Makkah pun tidak akan mengambil upah untuk melaksanakan badal haji jika harga yang ditawarkan hanya RM1,000 apatah lagi jika lebih murah daripada itu kerana kos yang perlu mereka tanggung.
"Walaupun mereka (petugas) tidak perlu permit, mereka tetap tidak akan ambil upah RM800 atau RM1,000. Contoh seperti dari Mina ke Arafah sahaja, satu kereta sudah ambil tambang 600 rial (RM745.31) kerana musim haji yang menyebabkan kosnya naik terlalu tinggi.
"Minimum (bayaran) yang logik mereka akan ambil mungkin sekitar RM4,000 hingga RM5,000, tetapi kalau atas daripada paras harga itu, ia lebih bagus. Masyarakat kalau mahu lihat jika ada unsur penipuan...perkara yang paling mudah untuk lihat adalah pada harga badal haji ini," katanya.
Mukhtar berkata masyarakat perlu cakna dalam memilih petugas badal haji yang dipercayai bagi melaksanakan ibadah itu dan bukan hanya memilih perkhidmatan murah sahaja.
Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Mohd Khairul Hafiz, 31, berkata beliau pernah ditawarkan untuk melaksanakan badal haji serendah RM1,200 untuk arwah bapanya, namun beliau menolak kerana khuatir akan menjadi mangsa sindiket penipuan.
"Saya terjumpa promosi upah haji RM1,200 itu di Facebook dan apabila menghubungi pihak terbabit, saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena...tiada sebarang maklumat mengenai agensi berkenaan, malah tiada sebarang bukti bagi operasi sebelum ini," katanya.
Pada 20 Mei lalu, Tabung Haji (TH) menyarankan agar orang ramai berwaspada dan berhati-hati dengan badal haji atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu.
TH memaklumkan tawaran badal haji sekitar RM1,000 hingga RM3,500 disifatkan terlampau murah jika dibandingkan dengan kos permit dan perbelanjaan yang perlu ditanggung untuk menunaikan ibadah haji.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar turut menasihati umat Islam yang menjadi mangsa penipuan badal haji untuk membuat laporan polis memandangkan kes itu masih berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Masyarakat perlu cakna dalam memilih petugas badal haji yang dipercayai bagi melaksanakan ibadah itu dan bukan hanya memilih perkhidmatan murah sahaja. - Gambar hiasan
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Pantau Belanjawan: Memahami rasionalisasi subsidi dan kesan pada ekonomi
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pantau Agenda Reformasi: Hubungan Malaysia-China pada tahap tertinggi
Hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 5 dekad lalu menyaksikan kemajuan luar biasa terutama dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan industri malah yang lebih penting hubungan rakyat dengan rakyat.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Tiga orang termasuk seorang anggota polis maut ditembak
Tiga orang termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di minneapolis, amerika syarikat pada khamis.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Menurut laporan agensi berita tempatan, kejadian itu turut menyebabkan enam orang tercedera dimana dua daripadanya adalah anggota polis selepas ditembak seorang suspek yang belum dikenalpasti.
Arab Saudi serah pampasan kepada waris jemaah insiden kren tumbang di Makkah
Bayaran pampasan bernilai 1 juta Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) kepada setiap waris mangsa berkenaan adalah pampasan peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.